Hai, salam sejahtera dan salam UPSI no 1 pendidikan (cehhh hahaha)
Saya ni orang baru. Time buat ni, saya akan ingat 1.04 pm 11 September 2018. Saya tidak berapa pandai bah...maklumlah orang noob hahahahaha..
Seperti yang kamurang baca paling atas tu, saya telah memulakan perjalanan saya sebagai anak kandung suluh budiman pada tanggal 4 September 2018, yeahh hahaha. Happy.....happy juga...tapi sebaliknya dalam hati masih ada simpan ruang untuk bersedih. Kenapa? Yalah, berjauhan kan. Nilah pertama kali saya belajar di negeri Perak. Ops, lupa nak intro. Hah, ini dia serba sedikit pasal saya:
Nama: Jerald (full name ndak payalah bah hahaha)
Nama Komersial: J/JJ/Gerald/Gerard
Asal: Negeri Di Bawah Bayu (Sabah)
Course: ISMP Kesusasteraan Melayu
Bye Sabah! Hanya itulah kata2 yang dapat saya katakan sebelum meninggalkan bumi di bawah bayu. Sedih tinggalkan mama, bapa, sma adik2 saya. I don't belive that now I live in Tanjong Malim Perak. Manakah tidak, saya masih rasa lagi yang kemarin saya di KK. Namun, demi keluarga, terpaksa saya relakan demi berjuang selama 4 tahun untuk mengenggam segulung ijazah.
OK, sebelum saya kasi cerita lebih lanjut mengenai what I feel in UPSI, saya sekarang dalam proses untuk menyesuaikan diri di UPSI. I don't have problem to find my new friends sebab saya ni friendly punya orang hahahahaha. Sepanjang minggu orientasi, saya sedang berusaha untuk menyempurnakan urusan saya, termasuk bayar yuran (saya orang x mampu sobsob). Dan sepanjang minggu itulah, saya mahu kutip sebanyak mana yang boleh.
31/8..saya flight dari KK ke KLIA pada lewat sekitar 11.50 pagi (kali) kerana kelambatan pesawat Air Asia. It's my first time merasa naik kapal terbang. Praise to God kerana tiada apa2 yang berlaku sepanjang flying itu, Saya sampai sana dalam pukul 2.15 petang. Oleh kerana kakak2 dan abang2 RSK menunggu pljr2 lain datang dari Borneo, kami sampai sana dalam pukul 6 petang. Waktu itu, saya ambil kesempatan untuk beli barang yang kurang. Waktu itu juga, ada main tackle2 hahaha LOL.
Kolej kediaman yang saya dapat ialah kolej kediaman yang saya idam2kan iaitu KHAR (sebenarnya saya mahu KUO bah sobsob padahal mahu juga KHAR kan? LOL). Jauh daripada FBK di kampus lama. So, memang kena guna bas jugalah. Time tu, saya dapat bilik. Kami budak2 Borneo awal2 dapat rumah.
Praise to God, roomate saya baik orangnya. Tambahan pula, kami dulu satu sekolah. Ni serba sedikit tentang roomate saya:
Lepasan diploma UPSI, ISMP Muzik.
Belajar cari makan di cafe. Hahaha
1/9...saya dan kwn2 dibawa ke DTC dari KHAR. Tidaklah lama sangat, mengambil beberapa minit. Saya ikutlah saja setiap arahan daripada abang2 dan kakak2 RSK di DTC. All settled kecuali yuran. Sebab pakai KWSP. Saya mintalah bantuan senior untuk berhubung dengan pejabat bendahari. Prosedur di kaunter bendahari sudah saya buat berdasarkan apa yang diminta oleh senior. Tapi bilang urang, kalau mahu, kenalah berusaha. So, saya akan cuba usaha bila start kuliah sudah.
First day of September, saya banyak kenal dengan kawan2 baru. Oleh kerana kebanyakan budak2 Borneo di UPSI (terutama yang seangkatan sama saya) so peluang untuk berjumpa amatlah tinggi. Tapi not all, saya buli kenal..hahahaha...budak2 semenanjung ada juga sy cuba berkawan. Tapi taulah kan kalau cara bercakap di sini lain sudah. Not same dengan saya, terpaksa, cakap formal sikit huhu. Semua sini okay2. Baik, peramah...cuma depends sma kau sjalah. semuanya ada sudah di depan mata. Saya terpaksa ambil masa yang mungkin lama sikit untuk belajar survive sma kwn2 semenanjung saya bila sy terpisah sma kwn2 borneo saya. Yalah, kami semua ni bukan sama kos, tapi sama fakulti adalah.
2-3/9..sya punya partner sering bertukar2. Ada sebab: first mungkin masih tidak biasa, sama terlepas antara satu sama lain. Sadis. 2/9, terbinalah grup kami2 ni dari Borneo, nama grup tak payah taulah hahaha private. So tidaklah sunyi sangat. Saya telah berkenalan seorang kawan pertama dari Sarawak yang bernama Max. Hari tu juga macam beripar2 sudah. Hahaha. Rapat terus.
4/9..dalam pukul 8.30 pagi, saya dibawa ke kampus lama UPSI. kampus tu dekat pekan. Taklah lama sangat dalam beberapa minit dari kampus baru. Fumahainya, besar benor hahaha. Beginilah kali bakal kelas baru saya. FBK best giler. I would want to find part-time work untuk buat duit. hahaha
Sorrylah tidak berapa lengkap time orientasi. Sama ada ia berkaitan atau tidak, depends sama kamulah ahh. Macam melalut bah. Hoho. Cuma saya harap, bagi yang budak2 borneo baca ni, beginilah gambaran kamurang. Alang2 untuk semua bah kalau ndak puas hati hahahahaha (main2 ja ahh gurau2 kita bah)
Saya harap saya enjoy belajar di sini. Semoga saya tidak berasa bosan di UPSI. Bosan? Adui, rugilah..punya best..yang tak best kalau kau asyik date dengan katil ja...hahaha..biar sakit kaki yang penting jangan sakit hati hahaha LOL.
Sebagai keluarga Blogger ni, saya minta maaf ahh kalau ada apa2 kekurangan @ kurang kelayakan untuk buat blog ni. Seriously saya orang baru ni,,,saya noob kalau bab2 macam ni hahaha.
Kalau mau friendly sama saya, cari ja di FB taip nama saya, bila keluar pic saya dgn UPSI, Itulah saya. wasap saya tak bagi ehh..hahaha tapi sblum add saya di FB, tlebih dahulu baca mengenai saya. Pastikan kamu layak dulu, saya tidak suka ada orang yang entah apa2..btul2 saya tidak minat mcm tu..saya trus block tu.. hoho
Again, sya minta maaf banyak2 ye kwn2, yang UPSI student mcm sy, ambilan 2018/2019, say hai..haha jumpa di entry akan datang. Sekian
Pelajar ISMP kesusasteraan Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris Want to be a greatful teacher #FirstClass #Amen
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
TUTION ONLINE STPM
[SIR JAY AJAR SAMPAI DAPAT "A"] Selamat sejahtera. Selamat kembali ke pengajian Tingkatan 6! Anda pelajar Tingkatan 6 mengalami k...
ENTRY POPULAR SAYA
-
Alaaaa, tengok kira sudah setengah tahun ya tidak aktif di blog ni hmmmm, ingatkan sudah lenyap. Lupa pula sy guna akaun lain untuk log in ...
-
Hai, salam sejahtera dan salam UPSI no 1 pendidikan (cehhh hahaha) Saya ni orang baru. Time buat ni, saya akan ingat 1.04 pm 11 September ...
-
Sejarah telah melakar di negara Malaysia pada tahun ini. Seperti yang kamu tahu mengenai wabak penyakit Novel Coronavirus-19 (Covid-19), P...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan