Sejarah telah melakar di negara Malaysia pada tahun ini. Seperti yang kamu tahu mengenai wabak penyakit Novel Coronavirus-19 (Covid-19), Perdana Menteri Malaysia telah mengumukan kenyataan rasmi mengenai Perintah Kawalan Pergerakan bermula pada 16 Mac 2020. UPSI pula telah memulakan perintah kepada semua warga dan pelajar UPSI pada 18 Mac 2020.
Sebenarnya, saya sudah tahu pasal penyakit ni sejak cuti semester lagi. Setahu saya, ia bermula daripada Wuhan, China kini telah merebak ke seluruh dunia. Apa yang saya tahu, ia belum teruk lagi. Macam-macam berita dan artikel yang dikeluarkan mengenai penyakit ini yang sangat berbahaya sehingga telah mencatatkan angka kematian yang kian meningkat di seluruh dunia ni.
Sejak pengumuman Perintah Kawalan Berkurung atau saya akan ringkaskan sebagai cuti Musim Covid-19 ni, memang membawa kesan khususnya kepada pelajar universiti yang tiada kesempatan atau tidak dapat balik ke kampung. Mula-mula, bestt. Tapi masuk seminggu, ada yang mula rasa muak dengan cuti ni. Ditambah dengan keadaan sekarang di Malaysia, Perdana Menteri mengumumkan untuk melanjutkan lagi tempoh kawalan tu daripada 18 Mac 2020-31 Mac 2020 kepada 18 Mac 2020-14 April 2020 berikutan angka kes baru yang meningkat. Hmmmm
Saya akui, segala perancangan aktiviti yang dibuat oleh pelajar untuk kelab, assignment dan lain-lain semuanya tertangguh kerana cuti ni. Saya pun termasuk dalam golongan tu juga. Program larian antarabangsa yang telah saya rancang bersama-sama dengan team saya untuk buat pada 22 April 2020 ditangguhkan kerana cuti ni. Tapi alang-alang daripada tangguh, better batalkan terus. Sebab tiada masa untuk buat program ni walaupun Malaysia sudah okey, bebas daripada Covid-19, ditambah pula akan turun sidang daripada kelab RESQ Siswa saya bulan Mei ni hmmm. Memang sedih.
Apa yang pelajar hanya buat sahaja semasa cuti ni? Hmmmm. Ini saya sugesst lah daripada pemerhatian housemate-housemate saya dan kawan-kawan lain sepanjang lamanya cuti ni. Tengoklah mana yang sesuai untuk kamu, selaras dengan life style kamu lah.
1. KALAU MANA-MANA PIHAK UNIVERSITI MEMERLUKAN BANTUAN TENAGA UNTUK BANTU PELAJAR YANG "BERCUTI" DI UNIVERSITI SAHAJA, HULURKAN TENAGA
-Cuti ni jadilah baik hati, ringankan hati dan tangan tu hkhk. Rasanya ada juga tu. Kalau ada, pigilah bantu. Mana tahu, kerana tangan kamu, keadaan akan jadi reda sekelip mata kan hehe. Daripada terlentang di sofa saja?
-Bantu pelajar tu macam bagi bantuan makanan kering ka, apa-apa yang berbentuk kebajikan untuk pelajar yang mengalami kesusahan kena berkurung di uni. Sekurang-kurangnya adalah dapat keluar rumah even masa sekejap saja. Di samping dapat pahala dapat tolong orang, cehhhh.
2. STUDY AND SETTLEKAN ASSIGNMENT/COURSEWORK
-Masa yang ada kamu gunalah untuk settlekan assignment/coursework kamu. Lecturer sudah bagi tempoh masa yang agak panjang, siap dia tidak suruh untuk face to face lagi. Nahh, peluang kamu tu, jangan dipersiakan. Terlepas bebanan selepas semua dah jadi okey (corona), tiada lagi mahu diingat-ingat. Tinggal study saja lagi untuk exam.
-Jangan juga malas-malas buat. Corona cuti, tapi assignment tidak cuti okey? Hmmm
3. BUAT SESUATU YANG KAMU TANGGUH MASA LEPAS
-For example, bagi pelajar lelaki, mahu buat six-pack. Tapi tertangguh sebab busy dengan assignment, busy lagi dengan kelab lepas. Peluang cuti ni patut diambil. Di samping mahu berexcercise mahu turun berat badan semua tu.
-Semua benda boleh buat di rumah. Di luar pun boleh tapi bukan di luar rumah yang betul-betul. Di pintu depan rumah cukuplah. Dengan erti kata lain, guna ruang di rumah yang ada. Kasi on saja, pedulikan member-member di rumah hahaha.
-Senaraikan apa yang pernah kena tangguh, tampalkan di dinding meja belajar and selesaikan mengikut kemampuan yang ada dahulu.
-Shopping online masih lagi relevan pada time ni ye.
4. DOWNLOAD MOVIE ATAU GAME DI LAPTOP ATAU MOBILE PHONE
-Bila mencapai tahap bosan yang gilakss, movie dan game adalah dua benda yang boleh hilangkan rasa bosan sepanjang cuti CoVid-19 ni. Yang ni tiada yang mahu larang. Bukannya ada lecturer mahu masuk rumah tengok kamu kan? hahahahaha. Kau tidak tidur satu malam tu lantaklah. Janji ada, kan? Cuti-cuti ni, banyak sangat movie and game dikeluarkan untuk para pengguna yang memang diorang akan tahu pengguna ni memang bosan gilerr hehe. Jadi diorang akan createkan sesuatulah supaya masa cuti akan dimanfaatkan sebaiknya yang mungkin.
-Kalau menghadap whatsapp 24 jam saja pun boleh bosan tau. Semua group dan contact kau sunyi sebab diorang juga akan mengalami perasaan yang sama. Tapi bagi lecturer yang rajin dan baik hati ambil tahu akan kebajikan pelajar (Penasihat Akademik), diorang tidak pernah membosankan kita, walaupun diorang sendiri pun ada benda juga mahu buat. Time macamni, as student kena hargai pengorbanan diorang, ye.
5. SAMBIL KELUAR MEMBELI MAKANAN, SAMBIL MENGHAYATI AKAN KEINDAHAN ALAM
-Ambil masa yang ada untuk melakukan revisi sendiri. Apa-apa sajalah yang ada terlintas di fikiran kamu. Kalau apa yang kamu fikirkan berbentuk suatu masalah, then ambil penyelesaian macamana mahu selesaikannya. Dan bukan pendam.
-Rasanya ini daripada pemikiran student juagala. Sebab bukan juga semua student boleh dapat buat macamni.
6. BUAT SAJALAH APA KAMU MAHU BUAT KALAU BETUL-BETUL TIDAK TAHU APA MAHU BUAT DI RUMAH
-Asalkan benda tu bermanfaat, tidak membawa masalah kepada semua orang yang terlibat dan tidak menimbulkan apa-apa persepsi atau kontroversi.
-Bagi pelajar yang sempat balik kampung masa berpusu-pusu pigi balai polis tu dulu huhu, congrats yang dapat balik kampung, use your time with your family. Berdoa juga ikut kepercayaan masing-masing bersama keluarga supaya Malaysia dapat kembali aman daripada wabak penyakit CoVid-19 ini.
Kita tahu kita telah frust sebab kita mahu buat apa pun semua tidak jadi kerana cuti ni. Tapi, buatlah sesuatu yang menarik untuk diri kamu sendiri, khususnya yang tidak dapat balik ke kampung seperti saya. Jangan biarkan diri kamu jadi patung cendana pula. Borak-borak dengan member sajalah hilangkan bosan.
Fikirkan akan keadaan para petugas seperti polis, tentera, kakitangan hospital dan lain-lain yang telah banyak membantu demi rakyat Malaysia pada ketika ini. They don't have any time untuk rehat semua. Jadi kita ni yang dok sembang santai buat kopi di rumah kena hargai usaha titik peluh pengorbanan diorang untuk kita dengan just patuh sahaja apa yang diorang cakap. Jangan terlampau keras kepala. Selagi kita ni buat perangai, trust me, masalah ni tidak akan selesai.
Apapun, mari kita kirimkan doa masing-masing kepada semua tidak kira di mana sahaja di Malaysia pada ketika ini supaya ada usaha dan penemuan jalan penyelesaian yang terbaik untuk tamatkan segala deras dan redup yang telah melanda dan menutup semua kehidupan kita di negara ini.
#PrayForMalaysia
#StayAtHome
#SemogaMalaysiaCepatSembuh
#TakziahForFamilyMalaysia