Hi, sempena cuti musim CoVid-19 ni, saya baru ada free time untuk blog ni.
Kali ni entry saya is untuk budak-budak baru yang akan masuk ke Universiti.
Benda pertama yang akan difirkan is bantuan kewangan kan? Saya pun merasa juga sama seperti kalian.
Ni saya akan focus kepada budak Borneoan yang dapat tawaran belajar pigi semenanjung. Tidak kira diploma atau degree.
Semasa kamu ada terima surat tawaran, pertama mesti kamu akan rasa happy sebab usaha kamu untuk dapatkan universiti tu dah tercapai. Tapi bila ingat akan kewangan sepanjang satu sem, tiba-tiba murung seketika.
Tidak apa, saya akan bagi idea pada kamu. Tapi yang lain, kena usaha sendiri ye. Jangan tunggu datang begolek saja. Okey?
Yang lain juga akan saya share setakat mana yang saya tahu.
1. PASTIKAN KAMU ADA NOMBOR TELEFON SENIOR DARIPADA PERSATUAN ANAK NEGERI DI UNIVERSITI KAMU MASING-MASING UNTUK BANTU SEGALA URUSAN DAN PERJALANAN KAMU KE SANA
-Ini penting ya guys, sebab kalau tiada benda ni, serious kamu akan mengalami kesukaran. Kamu boleh dapatkan segala info tu daripada facebook, instagram atau laman media sosial lain yang diorang ada untuk tujuan contact. Biasanya diorang ada group intake tu. Dari situ, segala perjalanan kamu akan dapat aturkan dengan baik.
-Jangan malu and malas-malas pula. Kalau buat macam tu, trust me, kamu yang akan dapat susah sebaik saja dapat pigi sana. Harapkan member, bagus kalau member dapat tolong kan hkhk. Kalau ada yang macam tu, baguslah.
2. PASTIKAN JUGA SEGALA DOKUMEN UNTUK URUSAN PENDAFTARAN DI UNIVERSITI TELAH DIURUSKAN AWAL-AWAL.
-Ada sesetengah parents akan ikut student baru pigi sana. Namun kena terima hakikat bahawa tidak semua pun akan dapat pigi sana, just sampai pigi airport saja. Maklumlah kewangan pun bukannya okey juga. Macam saya juga masa bocah dulu ehekk.
-Dari sini, belajar untuk uruskan dokumen pendaftaran sendiri. Kan sudah biasa dari zaman sekolah lagi? Alert apa yang perlu dibawa, apa yang diorang minta.. sebab kalau lupa, akan menyusahkan keluarga kamu. Dan kamu pula akan menyusahkan diri kelak. Remind balik sampai tidak larat hahaha. Dahlah belajar jauh-jauh.
-Untuk akaun bank rasmi mengikut universiti, sebolehnya uruskan awal di tempat kamu, melainkan kalau pihak bank mempunyai kenyataan rasmi untuk meminta kamu buat akaun bank di uni yang kamu belajar. Ini penting khususnya student yang mohon PTPTN.
3. SEBULAN TU, KENA AMBIL TAHU JUGA SEDIKIT MENGENAI BIASISWA DAN PINJAMAN YANG PERLU KAMU MAHU SEPANJANG BELAJAR DI UNIVERSITI
-Di samping sibuk urus dokumen pendaftaran, spend your time selama beberapa minit untuk ambil tahu mengenai apa biasiswa atau pinjaman yang berpontensi, sesuai dengan kelayakan yang kamu miliki.
-Sebab bukannya semua student ada duit sendiri. Termasuk saya.
-Kalau biasiswa tidak dapat, mahu tidak mahu kena mohon PTPTN. Orang cakap akan menyusahkan diri pula kena bayar balik pinjaman tu, tapi ada rasionalnya, selama satu semester, kamu mahu harapkan siapa untuk terus bagi survive ngan kamu sepanjang study? Haaa, renung-renungkan.
4. PERSIAPKAN DARI SEGI MENTAL DAN SEMUA YANG BERKENAAN BERKAITAN DIRI SEBAIK SAHAJA TURUN BELAJAR DI SEMENANJUNG
-Saya bukan apalah. Sepanjang 4 sem saya study di UPSI kan, macam-macam perangai di sini saya boleh jumpa. Tapi saya cuma samakan diorang ni macam kita juga. 2 X 5=10 ehekkk.
-Apa yang saya selalu dengar is tanggapan diorang pasal kita (Borneo). Mainkan slang kita sudah jadi halwa telinga saya. Biarlah, asalkan dengan maksud tidak mengejek atau apa-apa sudah. Apa yang saya tahu, budak-budak semenanjung ni, semuanya baik-baik. Nampak kita orang baru di tempat diorang, nah memacaklah pigi tempat kita. Kita pula yang jangan tarik muka. Kan diorang cakap baik-baik, and kita kena balaslah juga even susah mahu ikut rentak komunikasi diorang. Its okay, diorang akan faham even not 100%. Dari muka pun, senang ja kena dapat detect siapa kita hehe. Asalkan membina perhubungan yang baik.
-Apa yang boleh dapat saya simpulkan, study di semenanjung banyak cabaran dia. Banyak ujian dan dugaan. So, kena banyak bersedia lah. Rajin-rajinkan diri tanyakan senior yang sekarang belajar di sana atau yang sudah graduate. Sebab saya percaya, apa yang diorang share tu, sama saja. Tiada perubahan pun.
5. SHAREKAN MASALAH KAMU DENGAN PERSATUAN ANAK NEGERI SUPAYA DIORANG DAPAT HULURKAN BANTUAN
-Jangan jadi kacang lupakan kulit bila di sana. Hahaha, yang ni selalu saya akan dengar atau baca. Faham-fahamlah kan maksudnya.
-Satu saja yang mahu bagitau dengan kamu, kalau ada apa-apa masalah, segera bagitahu dengan persatuan anak negeri kamu masing-masing supaya bantuan dapat dihulurkan secepat mungkin. Jangan terlampau pendamkan diri ya.
6. SELAMAT BELAJAR DAN SELAMAT MENEMPUH SEGALA CABARAN DI SEMENANJUNG
-Bagi yang beragama Kristian khususnya, kalau ada gereja di tempat kamu, janganlah malas-malas, Jangan bawa perangai malas kamu. Luangkan masa hanya beberapa minit saja di gereja. Bukannya lama pun.
-Teruskan pelayanan. Jangan berhenti, remember God always with you di mana sahaja, selagi ada kepercayaan kepadaNya.
Rasanya itu sahajalah saya mahu share. Apa-apa yang terlintas, saya akan update semula.
Pelajar ISMP kesusasteraan Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris Want to be a greatful teacher #FirstClass #Amen
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
TUTION ONLINE STPM
[SIR JAY AJAR SAMPAI DAPAT "A"] Selamat sejahtera. Selamat kembali ke pengajian Tingkatan 6! Anda pelajar Tingkatan 6 mengalami k...
ENTRY POPULAR SAYA
-
Alaaaa, tengok kira sudah setengah tahun ya tidak aktif di blog ni hmmmm, ingatkan sudah lenyap. Lupa pula sy guna akaun lain untuk log in ...
-
Hai, salam sejahtera dan salam UPSI no 1 pendidikan (cehhh hahaha) Saya ni orang baru. Time buat ni, saya akan ingat 1.04 pm 11 September ...
-
Sejarah telah melakar di negara Malaysia pada tahun ini. Seperti yang kamu tahu mengenai wabak penyakit Novel Coronavirus-19 (Covid-19), P...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan