Jumaat, 17 April 2020

7 JENIS CLASSMATE TIME DEGREE YANG KITA SEMUA ADA

Zaman degree merupakan antara time yang paling sweet untuk kita semua. Tapi tula, zaman ni juga zaman yang mencabar kita. Tidak lain tidak bukan kita punya classmate lah hehe.

Tanpa membuang masa, jom throwback 7 jenis classmate time degree yang kita semua ada.

1. MAHU DUDUK DEPAN JA

Kelas time degree ni memang lain sikit dari masa dekat sekolah. Tempat duduk tidak tetap. Kira first come first serve lah. So, ada antara classmate ni yang ada perangai datang awal dan sentiasa mahu rebut duduk depan.

Biasanya yang duduk depan ni yang jenis pandai-pandailah, sebab mahu fokus masa lecturer tengah mengajar di depan. Tapi ada juga yang terciduk. Cover kena ada lah ehekk.

2. SELALU DATANG LAMBAT

Memang akan wajib ada member/classmate sekurang-kurangnya satu dua orang yang selalu datang lambat. Setiap hari muka dia ja yang lambat sampai lecturer pun sudah kenal dia.

Tiada kawan macam tu? Nah, kaulah yang selalu datang lambat. HAHA!

3. ASYIK MAIN HANDPHONE

Classmate macamni memang jenis susah mahu fokus dalam kelas. Dia sibuk ja main hp di belakang. Lecturer ajar, habis semua tidak masuk dalam otak. Manakah tidak, menghadap awek manalah lagi mahu dengar. Lecturer pun mahu naik muak suda dengan student macamni.

Orang macamni jugala yang selalu terlepas tarikh hantar assignment hmmm

4. TULIS NOTA LENGKAP

Selalunya time zaman di sekolah  yang rajin buat nota guna pen macam-macam colour ni. Tapi, yang jenis macamni juga masih wujud di zaman universiti tau. Diorang ni memang rajin dan pandai sangatt buat mind map yang lawa-lawa gila.

Diorang ni jugakalah golongan yang kamu akan cari everytime ada test atau final exam. Yalah, nota lengkap kan fuhh! Kena berterima kasih sama diorang aa.

5. PAKAI MEKAP MACAM MAHU PERGI PHOTOSHOOT

Dalam ramai-ramai student perempuan, akan ada seorang awek ni yang pakai mekap macam mahu pergi photoshoot. Baju pun macam-macam fesyen dia try. Padahal kelas 2-3 jam ja hmm

Kadang terfikir juga, macam mana dia boleh sempat pigi mekap bagai sebelum pergi kelas. Gigih sangat, pukul berapa dia bangun aa?

6. MENGELAT TIDAK BUAT ASSIGNMENT

Masa di U, lecturer memang selalu akan bagi kerja yang kena buat dalam group. Kadang-kadang mesti ada seorang yang kita kurang berkenan jadi salah seorang ahli group kita. Lepastu, classmate yang ni selalu mengelat tidak buat assignment. Orang lainlah yang terpaksa buat bahagian dia jawabnya. Mahu harapkan dia? Jangan haraplah...ada saja alasan hmm...

7. SELAMBA PONTENG KELAS

Time di sekolah dulu mana boleh suka-suka ponteng sekolah. Nanti mak mengamuk. So, bila sudah masuk degree, mak sma ayah pun tinggal jauh, dia pun selambalah tidak datang kelas ikut suka hati dia. Lepas tu, bila sudah habis sem, baru mahu menyesal sebab kena repeat kelas tu hmm. Tapi nanti kalau dia buat balik macam. Tahu mahu enjoy ja.

Macam-macamlah classmate yang kita boleh jumpa di dalam kelas masa zaman degree ni. Ada yang baik dan ada yang annoying. Apa-apapun, setiap masa dengan diorang ni akan sentiasa menjadi antara momen yang akan diingati sampai bila-bila.

Kamu yang jenis mana satu?

5 JENIS PERANGAI "MENJENGKELKAN" PELAJAR UNIVERSITI DI MALAYSIA

Kebiasannya di universiti mempunyai perangai pelajar yang boleh dikategroikan sebagai "menjengkelkan". Kamu yang pernah masuk atau masih study di universiti pasti akan mengenali atau mempunyai rakan-rakan yang "menjengkelkan" di dalam kelas kan?

Hari ni, saya akan kongsikan pelajar yang menjengkelkan di universiti

1. DATANG TANGAN KOSONG

Hmm kamu adakah kawan-kawan kamu yang pergi ke kelas hanya berlenggang saja? Yang perempuan pergi ke kelas hanya membwa handbag kecil dan pelajar lelaki hanya membawa dompet sahaja. Ni bukan macam mahu belajar hahaha. Kalau diorang mahu guna pen atau kertas pasti diorang akan pinjam daripada kawan sebelah. Bila lecturer bagi kerja time tu barulah kelam kabut mahu cari kertas dan pen.


2. SELALU LEWAT

Yang ni memang confirmlah, tidak disangkal lagi hahaha. Ya betul, kenapa? Sebab saya juga pernah sudah datang lewat pergi kelas. Tapi ada alasan munasabah jugala. Lecturer faham juga. Tapi janganlah disengajakan huuu.


3. TIDUR JA/ATAU SAYA CAKAP BUAT TAHI MATA

Asal ja masuk kelas tidur ja sampai lecturer pun malas sudah tegur tu pelajar. Perangai macam ni of course akan menyusahkan orang wkwk. Bila masuk kelas tidur lepas tu kalau ada assignment barulah mahu kelam kabut cari member tanya macam mana mahu kena buat assignment tu.


4. BANYAK SOALAN

Dalam mana-mana kelas ja akan ada satu dua orang yang suka sangat bertanya. Semua benda dia mahu tahu. Haishh, saya bukan apa bah. Bukan juga malas dengar sebab dapat juga extra kan, tapi saya kena kejar lagi masa saya hahaha.

Dia punya soalan bukan main banyak, tapi bila orang sudah kasi terang panjang lebar, sumpah gila sepatah haram langsung dia tidak faham adoiii hahahahaha. Sebab perangai dialah, kelas yang patutnya 2 jam ja sudah jadi 3 jam. Perghhhh

Itu okey lagi, tapi yang ni memang rare. Woww. Dia juga akan sering mengingatkan kerja yang pernah kena bagi oleh lecturer. Sebab tu, satu kelas akan sakit hati dengan dia. Selalunya perangai macam ni akan rasa diorang adalah best student.


5. MEMILIH GROUP MEMBER

Kebanyakan dalam setiap kelas ja akan ada yang berpuak-puak, lepas tu kalau lecturer mahu bagu tugasan berkumpulan mesti mahu yang member rapat ja. Tapi kalau lecturer bagitau yang dia mahu kasi agihkan ahli group, memang akan ada yang tidak setuju. Tapi bagi saya, sepanjang 4 sem study, (ndataula yang lain macamana), kelas yang saya ambil semua okey-okey. Ada jugalah tapi sikit.

Ada juga sesetengah pelajar mahu satu group dengan pelajar pandai untuk mendapatkan markah yang baik. Yang ni saya punya tabiatlah. Hehehe. Mahu perform kan? Yezaaa

Secara peribadi saya, memang betul kalau kita buat kerja dengan kawan baik, memang mudah disebabkan saling memahami. Tapi apa salahnya kalau kita bagi peluang kepada orang lain untuk bekerjasama dengan kita. Kan bagus share-share ilmu?

Yang sudah habis/lama sudah habis study, mesti senarai ni yang akan mengimbas kembali kenangan di universiti.

Yang masih lagi study tu, please jangan buat macamni. Kalau mahu buat pun, jangan kasi tayang-tayang dengan semua orang hahahahahaha.

ABOUT UNIVERSITY

Sekarang sudah masuk ke hari ketiga puluh satu PKP. Hope kamu sentiasa kuat ya guys! Sambil-sambil boleh tengok post-post saya ni, untuk kali ni saya akan buat post berkenaan universiti.

Semua post yang akan saya buat adalah berdasarkan pemerhatian saya sendiri sebagai pelajar universiti dan sumber-sumber yang berkaitan.

Isnin, 13 April 2020

NASIHAT UNTUK KITA SEMUA KEKAL DI TEMPAT MASING-MASING

Berikut merupakan kenyataan rasmi daripada Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan yang menasihatkan kesemua pelajar pengajian tinggi untuk terus kekal di tempat atau kampus masing-masing pada 12 April 2020. Oleh itu, kita semua kena akur dan patuh pada arahan Kementerian Pengajian Tinggi, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Hal ini penting untuk memutuskan rantaian CoVid-19. Memasuki PKP Fasa ketiga, kita seharusnya memberi kerjasama kepada semua pihak untuk memastikan penularan wabak CoVid-19 ini dapat dibendung.

Saya doakan agar semua rakan-rakan saya sentiasa berada dalam keadaan selamat. Patuhi arahan dyang dikeluarkan oleh kerajaan dari masa ke semasa.

TUTION ONLINE STPM

 [SIR JAY AJAR SAMPAI DAPAT "A"] Selamat sejahtera. Selamat kembali ke pengajian Tingkatan 6! Anda pelajar Tingkatan 6 mengalami k...

ENTRY POPULAR SAYA