Kebiasannya di universiti mempunyai perangai pelajar yang boleh dikategroikan sebagai "menjengkelkan". Kamu yang pernah masuk atau masih study di universiti pasti akan mengenali atau mempunyai rakan-rakan yang "menjengkelkan" di dalam kelas kan?
Hari ni, saya akan kongsikan pelajar yang menjengkelkan di universiti
1. DATANG TANGAN KOSONG
Hmm kamu adakah kawan-kawan kamu yang pergi ke kelas hanya berlenggang saja? Yang perempuan pergi ke kelas hanya membwa handbag kecil dan pelajar lelaki hanya membawa dompet sahaja. Ni bukan macam mahu belajar hahaha. Kalau diorang mahu guna pen atau kertas pasti diorang akan pinjam daripada kawan sebelah. Bila lecturer bagi kerja time tu barulah kelam kabut mahu cari kertas dan pen.
2. SELALU LEWAT
Yang ni memang confirmlah, tidak disangkal lagi hahaha. Ya betul, kenapa? Sebab saya juga pernah sudah datang lewat pergi kelas. Tapi ada alasan munasabah jugala. Lecturer faham juga. Tapi janganlah disengajakan huuu.
3. TIDUR JA/ATAU SAYA CAKAP BUAT TAHI MATA
Asal ja masuk kelas tidur ja sampai lecturer pun malas sudah tegur tu pelajar. Perangai macam ni of course akan menyusahkan orang wkwk. Bila masuk kelas tidur lepas tu kalau ada assignment barulah mahu kelam kabut cari member tanya macam mana mahu kena buat assignment tu.
4. BANYAK SOALAN
Dalam mana-mana kelas ja akan ada satu dua orang yang suka sangat bertanya. Semua benda dia mahu tahu. Haishh, saya bukan apa bah. Bukan juga malas dengar sebab dapat juga extra kan, tapi saya kena kejar lagi masa saya hahaha.
Dia punya soalan bukan main banyak, tapi bila orang sudah kasi terang panjang lebar, sumpah gila sepatah haram langsung dia tidak faham adoiii hahahahaha. Sebab perangai dialah, kelas yang patutnya 2 jam ja sudah jadi 3 jam. Perghhhh
Itu okey lagi, tapi yang ni memang rare. Woww. Dia juga akan sering mengingatkan kerja yang pernah kena bagi oleh lecturer. Sebab tu, satu kelas akan sakit hati dengan dia. Selalunya perangai macam ni akan rasa diorang adalah best student.
5. MEMILIH GROUP MEMBER
Kebanyakan dalam setiap kelas ja akan ada yang berpuak-puak, lepas tu kalau lecturer mahu bagu tugasan berkumpulan mesti mahu yang member rapat ja. Tapi kalau lecturer bagitau yang dia mahu kasi agihkan ahli group, memang akan ada yang tidak setuju. Tapi bagi saya, sepanjang 4 sem study, (ndataula yang lain macamana), kelas yang saya ambil semua okey-okey. Ada jugalah tapi sikit.
Ada juga sesetengah pelajar mahu satu group dengan pelajar pandai untuk mendapatkan markah yang baik. Yang ni saya punya tabiatlah. Hehehe. Mahu perform kan? Yezaaa
Secara peribadi saya, memang betul kalau kita buat kerja dengan kawan baik, memang mudah disebabkan saling memahami. Tapi apa salahnya kalau kita bagi peluang kepada orang lain untuk bekerjasama dengan kita. Kan bagus share-share ilmu?
Yang sudah habis/lama sudah habis study, mesti senarai ni yang akan mengimbas kembali kenangan di universiti.
Yang masih lagi study tu, please jangan buat macamni. Kalau mahu buat pun, jangan kasi tayang-tayang dengan semua orang hahahahahaha.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan