Zaman degree merupakan antara time yang paling sweet untuk kita semua. Tapi tula, zaman ni juga zaman yang mencabar kita. Tidak lain tidak bukan kita punya classmate lah hehe.
Tanpa membuang masa, jom throwback 7 jenis classmate time degree yang kita semua ada.
1. MAHU DUDUK DEPAN JA
Kelas time degree ni memang lain sikit dari masa dekat sekolah. Tempat duduk tidak tetap. Kira first come first serve lah. So, ada antara classmate ni yang ada perangai datang awal dan sentiasa mahu rebut duduk depan.
Biasanya yang duduk depan ni yang jenis pandai-pandailah, sebab mahu fokus masa lecturer tengah mengajar di depan. Tapi ada juga yang terciduk. Cover kena ada lah ehekk.
2. SELALU DATANG LAMBAT
Memang akan wajib ada member/classmate sekurang-kurangnya satu dua orang yang selalu datang lambat. Setiap hari muka dia ja yang lambat sampai lecturer pun sudah kenal dia.
Tiada kawan macam tu? Nah, kaulah yang selalu datang lambat. HAHA!
3. ASYIK MAIN HANDPHONE
Classmate macamni memang jenis susah mahu fokus dalam kelas. Dia sibuk ja main hp di belakang. Lecturer ajar, habis semua tidak masuk dalam otak. Manakah tidak, menghadap awek manalah lagi mahu dengar. Lecturer pun mahu naik muak suda dengan student macamni.
Orang macamni jugala yang selalu terlepas tarikh hantar assignment hmmm
4. TULIS NOTA LENGKAP
Selalunya time zaman di sekolah yang rajin buat nota guna pen macam-macam colour ni. Tapi, yang jenis macamni juga masih wujud di zaman universiti tau. Diorang ni memang rajin dan pandai sangatt buat mind map yang lawa-lawa gila.
Diorang ni jugakalah golongan yang kamu akan cari everytime ada test atau final exam. Yalah, nota lengkap kan fuhh! Kena berterima kasih sama diorang aa.
5. PAKAI MEKAP MACAM MAHU PERGI PHOTOSHOOT
Dalam ramai-ramai student perempuan, akan ada seorang awek ni yang pakai mekap macam mahu pergi photoshoot. Baju pun macam-macam fesyen dia try. Padahal kelas 2-3 jam ja hmm
Kadang terfikir juga, macam mana dia boleh sempat pigi mekap bagai sebelum pergi kelas. Gigih sangat, pukul berapa dia bangun aa?
6. MENGELAT TIDAK BUAT ASSIGNMENT
Masa di U, lecturer memang selalu akan bagi kerja yang kena buat dalam group. Kadang-kadang mesti ada seorang yang kita kurang berkenan jadi salah seorang ahli group kita. Lepastu, classmate yang ni selalu mengelat tidak buat assignment. Orang lainlah yang terpaksa buat bahagian dia jawabnya. Mahu harapkan dia? Jangan haraplah...ada saja alasan hmm...
7. SELAMBA PONTENG KELAS
Time di sekolah dulu mana boleh suka-suka ponteng sekolah. Nanti mak mengamuk. So, bila sudah masuk degree, mak sma ayah pun tinggal jauh, dia pun selambalah tidak datang kelas ikut suka hati dia. Lepas tu, bila sudah habis sem, baru mahu menyesal sebab kena repeat kelas tu hmm. Tapi nanti kalau dia buat balik macam. Tahu mahu enjoy ja.
Macam-macamlah classmate yang kita boleh jumpa di dalam kelas masa zaman degree ni. Ada yang baik dan ada yang annoying. Apa-apapun, setiap masa dengan diorang ni akan sentiasa menjadi antara momen yang akan diingati sampai bila-bila.
Kamu yang jenis mana satu?
Terima kasih kerana berkongsi pengalaman. Perkongsian ini dapat kami jadikan panduan suatu ketika nanti.
BalasPadam