Isnin, 26 Disember 2022

CERITA SAYA DENGAN AYAM GORENG: 6 BULAN KERJA DI KFC


 


Only Original Chicken tiberr

Salam sejahtera semua.

Apa khabar? Last saya update blog seingat saya masa 28/11 tidak silap saya. Jadi kiranya suda terlalu lama saya tidak update blog ni. 3/12-9/12 ni saya habis konvokesysen jadi memang sibuk juga la masa tu. Jadi hari ini saya decide untuk update blog ni. Hari ni saya mau ceritakan pengalaman kerja di KFC. Oh ya apapun saya mengucapkan Selamat Hari Natal kepada kawan-kawan yang meraikannya termasuklah saya.

Berkenaan kerja di KFC ni, saya mula bekerja secara part time mula 13/6. Area mana saya tidak beritahu tapi saya beritahu di Perak dan berdekatan dengan UPSI. Nah teka la di mana. Masa tu saya masih dalam semester lagi. Semester akhir. Jadi saya perlu struggle bahagikan masa antara kerja dengan belajar. Masa tu tidak payah sangat sebab masa tu masih belajar online lagi. Jadi kurang sikit stress la. Sambil sambal saya bercerita, saya akan bagi guideline kepada siapa-siapa yang mahu cuba kerja part-time atau full-time di KFC. Jadi boleh dapat tahu sikit.


Tiada tempat bajet mahu selfie. Mesti di tandas hahaha. 
Oh ya ini masa minggu kedua saya kerja tidak silap saya.



CARA APPLY

1.  Pergi mana-mana outlet KFC atau berdekatan dengan area kamu, lepastu tanya dengan staff atau manager sama ada ada kosong atau tidak. Kalau ada, kamu akan diminta isi borang dahulu. Jadi kamu boleh beri masa untuk diri kamu untuk isi borang ya. Tapi kalau rasa malu untuk datang outlet, tiada masalah untuk tanya by Whatsapp sebab dalam iklan ada disertakan nombor pengurus restoran untuk kamu hubungi. Macam saya, saya contact dulu untuk pertanyaan sebab bila direct terus kepada pengurus restoran dia boleh dapat bantu jawab semua persoalan kamu. Lepas selesai conversation tu semua, kalau dia minta datang pergi restoran untuk temuduga, datang saja. Kalau memang perlukan pekerja, manager akan buat walk-in interview time tu juga. Tapi kalau macam suda tunggu lama tapi tidak dipanggil interview rasaya memang tidak dapat la tu.

2.      “KFC pun ada buat interview ka?” KFC memang kena buat interview. Tapi soalan soalan interview tidak susah sangat. Antara soalan-soalan yang kena tanya saja “Position apa dipohon” (Tapi mengikut pengalaman saya semasa budak-budak baru masuk, manager tidak tanya soalan ni, jadi dia akan random saja letak position mana), “Tempat tinggal mana?”, “Boleh kerja jam berapa”, “Boleh kerja lebih masa?” dan apa-apa saja soalan yang manager rasa mahu tanya.

3.      Kalau manager setuju untuk terima kamu bekerja, kamu akan diminta untuk suntikan Typhod. Suntikan Typhod bertujuan untuk elakkan kamu daripada menyebarkan virus Typhod/Demam Kepialu kepada customer semasa mengendalikan makanan. Untuk suntikan Typhod selalu boleh dapat di klinik swasta. Masa saya ambil suntikan dulu, saya bayar RM80. Nampak macam mahal kan? Tapi dia punya expired boleh tahan selama 3 tahun bermula daripada tarikh ambil suntikan. Katakan saya la, Jun 2022. Jadi akan expired pada Jun 2025. Next time, kalau mahu kerja di outlet lain, tidak perlu lagi ambil suntikan baru sebab suntikan Typhod boleh tahan selama 3 tahun.

4.      Selain tu, kamu juga diminta untuk buka akaun Maybank sebab saluran gaji kepada pekerja KFC menggunakan akaun Maybank. Kalau mahu bagi akaun bank lain tiada masalah cuma bagi pekerja KFC yang menggunakan akaun Maybank akan dapat gaji dulu daripada pekerja KFC yang menggunakan akaun bank lain. Beza sehari sahaja untuk bagi gaji daripada company. Tapi selama beberapa bulan saya kerja, kami sama-sama dapat gaji pada hari yang sama. Saya guna akaun BSN. Sebab malas mahu buka akaun Maybank hehe. Prosedur pembukaan akaun Maybank saya tidak tahu sangat sebab masa saya isi borang dulu saya tidak mahu buka akaun Maybank.

5.      Selepas selesai isi borang, ambil suntikan, pergi balik bagi sijil suntikan kepada manager dan manager akan bagi kamu pakaian dan jadual shift kerja kamu. Depends manager bagi masa kerja kamu hari apa dan pukul berapa datang kerja.

6.      Sehari selepas tu, kamu boleh start mula bekerja. Next prosedur akan diterangkan secara lanjut oleh manager bertugas. GOOD LUCK GUYS.

7.      Sepanjang waktu hari bekerja, kamu akan diminta untuk menghadiri kursus pengendalian makanan. Kursus ni wajib kena hadir sebab di sini la kamu kena banyak tahu mengenai prosedur pengendalian makanan sepanjang waktu bekerja di KFC. Apa yang perlu dielakkan, apa alatan perlu digunakan dan sebagainya. Semua ni kamu akan tahu. Jangan riau kursus ni free saja tidak perlu bayar. Masa kursus ini akan ditentukan oleh manager sendiri.


DEPARTMENT DI KFC

Di KFC tempat saya bekerja ni terbahagi kepada 4 department iaitu:

1. Cashier

2. CSC

3. Backup

4. Cook


CASHIER

Sehari sebelum saya masuk kerja, saya telah diberi timetable oleh manager di mana saya dapat department Cashier pada awalnya. Lepastu bila time saya masuk kerja, tiber dapat Cook. Tapi ada hikmah juga aa kenapa saya kerja di department belakang hehe.

Tugas cashier ni:

·         Ambil dan serve order customer

·         Tugas cashier saya kira mencabar juga la. Sudala tu tanggungjawab sangat sangat la besar. Yala kena menghadap customer kan huhu. Cashier kena amanah dan sabar.

·         Cashier kena ada skill komunikasi yang baik. Anything bila berlaku dengan customer kena pandai pandai handle ya. Tapi jangan risau, sebab manager akan ada sentiasa dengan cashier.

·         Kerja cashier bukan setakat menjaga kaunter saja, bila tiada customer, mereka kena pastikan department mereka bersih, top up barang yang kurang macam spoon, sos, tissue, dan barang-barang lain seperti minuman dan aiskrim, dan refill box.

·         Cashier kena make sure aliran keluar masuk duit sentiasa dalam keadaan betul. Sebab setiap kali closing manager akan update akauntabiliti keluar masuk duit setiap hari. Kalau duit di kaunter shot, kena ganti dengan duit sendiri pada masa tu juga. Shot tu maksud cashier terbagi duit lebih kepada customer.


CSC (CUSTOMER SERVICE)

Tugas CSC antara tugas paling senang tapi jangan pandang sebelah mata gitewww. Sebab yang buat tugas ni kau satu orang tiada yang tolong kau hmm. Tugas CSC meliputi keseluruhan outlet di mana harus bersih sentiasa dari luar dan dalam.

·         Kutip pinggan

·         Pungut sampah-sampah

·         Lap meja

·         Mop dan sapu lantai

·         Sarungkan plastik sampah dalam semua tong sampah

·         Refill semua sos dalam pump sos

·         Sekiranya semua kerja settle dan tiada apa-apa dibuat pada masa tu, CSC akan bantu backup sediakan order customer.

Selain daripada tugas tu, mungkin ada apa-apa yang perlu dilakukan oleh CSC tapi setakat yang saya tahu tugas lain selain tugas CSC dilakukan oleh department masing-masing terutamanya bab mengangkat stok baru daripada RA. (RA saya tidak ingat apa nama penuh dia tapi tugas RA ni hantar stok-stok baru kepada outlet)


BACKUP

Bahagian backup ada di dua tempat, iaitu backup hadapan dan backup belakang. (Setahu saya sepanjang 6 bulan saya kerja). Backup ini adalah mereka yang akan bantu cashier sediakan order mengikut permintaan customer. Tugas backup adalah:

·         Sediakan Colonel Rice

·         Sediakan Burger

·         Sediakan Cheezy Wedges

·         Sediakan Fries

·         Sediakan Twister

·         Sediakan Coslaw

·         Sediakan Nugget

·         Sediakan Mashed Potato dan lain-lain selain menu ayam sebab menu ayam dihandlekan oleh Cook

·         Prepare dan packing Coslaw, Mashed Potato

·         Bancuh Cheese

·         Masak nasi, Fries lain-lain yang saya jelaskan di atas

·         Backup akan ingatkan cashier mengenai jumlah-jumlah stok makanan yang diorang masak. Jadi kalau ada apa-apa berlaku kekurangan dan lebih, cashier senang untuk inform pada customer mengenai order yang dipesan oleh customer pada satu-satu masa.

·         Lagi satu, disebabkan tiada rider KFC di outlet tempat saya bekerja, mereka akan packing order untuk dipasskan kepada rider FoodPanda dan GrabFood. Jadi mereka akan ada dua kerja pada sepanjang hari bekerja iaitu untuk customer yang datang ke outlet itu dan customer yang buat order secara online. Memang banyak kerja la department ni.

·         Setiap kali closing, mereka juga akan buat pembersihan cooking tool diorang. Memang banyakla kena basuh tau. Mana lagi kena packing box, refill box dan refill barang-barang frozen untuk simpan dalam peti ais untuk persediaan pada hari esok.


coCOOK

Ini department saya daripada awal saya masuk sampailah last saya kerja huhu. Tugas Cook simple saja dari pagi sampai balik. Antara tugas Cook ialah:

·         Uruskan stok ayam: Setiap dua hari akan ada stok ayam baru sampai. Maksudnya di sini contohlah hari Isnin stok ayam sampai. Jadi hari Rabu akan ada lagi stok ayam. Bukan saja uruskan stok ayam baru tapi kena hantar ayam-ayam kecil yang sudah diasingkan perlu dihantarkan kepada pembekal ayam.

·         Selepas stok ayam sampai, staff Cook akan terus basuh ayam untuk marinade (perap). Jadi sambil basuh sambil juga kena check mana-mana ayam ada yang kecil. Kalau ada perlu kena asingkan/discard sebab kita tidak mahu ayam kecil dijual kepada customer. Sebab tu kenapa customer sering complain dapat anak ayam puyuh hoho.

·         Selepas basuh ayam, marinade ayam menggunakan marinade machine yang telah KFC sediakan. Ini untuk menghasilkan ayam Hot & Spicy.

·         Tepungkan (Breading) ayam

·         Bersihkan colla (kolah) ayam goreng: Colla maksudnya tempat untuk masak ayam goreng di mana ia telah disetkan masak secara automatik selama 15 minit setiap satu pot ayam yang ingin dimasak. Bukan sahaja colla tapi cooking tool yang berada di bahagian cook seperti breading table, racking table dan lain-lain alatan.

·         Discard ayam yang rosak. Antara ayam yang rosak yang tidak boleh dijual seperti kulit ayam terkoyak, ayam tidak masak, ayam hangus, dan lain-lain.

·         Jadi bahagian Cook adalah berkaitan dengan penyediaan ayam KFC sahaja. Nampak macam simple tapi kena lakukan kerja dalam keadaan berat. Tapi dijamin senang punya kerja hehe.


Jadi itu saja tugas-tugas oleh 4 department KFC untuk sepanjang hari bekerja. Untuk masa shift kerja ada tiga shift di tempat saya iaitu:

Shift Morning: 8 pagi-4 petang

Shift Middle: 11 pagi-7 malam/9 malam

Shift Night/Closing: 2/3 petang-11 malam

 

Mungkin ada kerja-kerja/tugas-tugas lain selain daripada department masing-masing di outlet lain. Jadi boleh tanya kepada manager la sebab saya suda terangkan secara lebih jelas dan umum untuk kamu tahu awal sebelum decide kerja di KFC.

Sekarang saya jelaskan apa-apa kelebihan dan mungkin kekurangan la bekerja di KFC ni. Sepanjang enam bulan bekerja, saya rasa lebih banyak yang best daripada tidak best. Jadi saya detailkanla kepada kamurang ya. Ini daripada apa yang saya rasa.


KELEBIHAN BEKERJA DI KFC

1.      KERJA IKUT SHIFT. 6 bulan saya kerja saya kerja hanya di shift middle sampaila closing. Saya tidak dapat shift morning tapi shift ni hanya sekali saja saya dapat sebab masa tu saya OT. Patut saya OT 3 hari tapi dua hari tu saya tidak dapat OT sebab ada hal masa tu. Bila kerja ikut shift ni tidaklah penat sangat.

2.      MAKAN FREE. I’m not bored makan free setiap hari hehe. Makan free boleh jimatkan kos makan dan kurangkan sikit perbelanjaan harian. KFC ada sediakan staff meal dan staff boleh pilih antara menu meal yang disediakan. Bila makan free tidakla berlapar dan tidak perlu susah-susah fikir untuk makan apa. KFC free bah makan saja. But make sure ask permission from manager ya sebab staff meal ni akan dimasukkan dalam akauntabiliti manager tau.

3.      BOLEH TAMBAH KAWAN. Tapi itu pun kalau dapat staff yang okey la. Masa saya kerja, yang betul-betul boleh buat kawan just 3-4 orang. Termasuklah kawan rapat saya satu department Cook. Kenapa sikit saja 3-4 orang? Adalah sebab dia tiada sebab lain sebab faktor kerja. Dengan manager pun kalau pandai berkawan, manager pun boleh buat kawan nauu.

4.      DAPAT BAWA MAKANAN LEBIH. Part yang paling best setiap kali closing. Sebab tu mungkin saya asyik kena letak di waktu closing huhu. Kalau ada lebihan makanan lagi-lagi Chezzy Wedges, Fries, Nugget, Burger, Mashed Potato huuu paling saya suka. Minuman kita rampok saja hahaha. (But one fact, kau pandai “mengambil” air di machine kena tolong refill air sekali aa HAHAHAHA. Ahh tiada masalah, pandai curi-curi ambil air tahula mahu refill gitewww)

5.      DAPAT SEMBAHYANG DI HARI MINGGU. Sebab saya bukan Islam, saya agama Kristian saya boleh dapat ambil waktu pagi pergi gereja. Lepastu saya masukla waktu middle sampaila closing. Tapi kalau yang agama Islam kena pandai-pandai cari waktu bila pergi solat sebab saya sendiri suda tahu bila waktu-waktu solat diorang.



Tempat saya selalu pergi break.


Macamnila saya punya staff meal. 
(Tapi saya jarang makan Coleslaw, saya ganti dengan Mashed Potato)





KEKURANGAN KERJA DI KFC

1.      GAJI MURAH DAN LAMBAT MASUK. Part ini  saya tidak komen banyak la sebab setiap orang yang pernah kerja di KFC ni ada pengalaman tersendiri mengenai gaji yang diorang dapat. Mungkin diorang rasa tidak berbaloi dengan kerja dibuat. Tapi bagi saya, di outlet saya, sejam dibayar RM7.21. Mahal tu. Jadi dalam sebulan dapatlah overall RM1300-RM1800. Setiap bulan meningkatlah gaji saya sebab jam bekerja saya setiap seminggu akan naik naik sikit. Ini tidak termasuk OT. Kalau OT banyak makin besarlah gaji. Tapi kalau tiada OT jadi gaji akan dibayar ikut jam kerja dalam timetable la. Pasal pembayaran gaji saya rasa memang lambatlah sebab di outlet saya gaji dibayar pada setiap awal bulan kecuali Sabtu dan Ahad. Tapi saya rasa di semua outlet pun sama juga kan. Mungkin rasa tidakla banyak sangat tapi saya okey saja dan saya bersyukur sebab at least dapatlah pegang duit.



Tidak la banyak sangat gaji tapi dapat saya pegang duit hasil usaha kerja saya sendiri. 
Dapat beli apa saja saya mahukan.


2.      PENAT. Mana-mana kerja pun semua akan rasa penat. Department Cook saya tidak tipu saya cakap memang penat sangat. Mental dan fizikal penat. Saya kasi cerita antara fact-fact yang saya luahkan sikit huhu lepas ni. Tapi bagi saya okeyla sebab makan pun sudah free, customer bukan selalu ada kecuali di hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan hari promosi yang diumumkan oleh KFC Malaysia. Kadang-kadang kosong outlet di hari-hari biasa.

3.      JADUAL TIDAK MENENTU. Bila suda ditetapkan jadual shift kerja pada setiap minggu, tidak payalah percaya sangat dengan jadual tu 100%. Sebab apa? Sebab kadang-kadang manager akan tukar jadual dan minta kita masuk awal dan sebagainya. Sangat menyusahkan la terus terang. Macam saya banyak kali suda kena macamni. Contoh: saya sepatutnya masuk 2 petang tapi kena suruh masuk 11 pagi. Ada satu masa juga saya sepatutnya masuk  2 petang tapi tiba tiba 4 petang. Nampak macam best kan masuk lambat sikit tapi masa tu saya ada kelas kena attend yang sepatutnya masuk waktu break. Meoww fake kan hahaha. Banyak kali la tukar last minute gila punya orang hahahaha.


4.      ISU MANAGER.  Isu manager? Saya rasa masing-masing ada isu sendiri di outlet masing-masing. Saya pernah dengar daripada orang yang kerja sebelum ni yang ada manager tidak okey la, garang gila la macam-macam la yang tidak bagus. Tapi kalau di outlet saya, manager saya semua okey okey. Saya akui memang kena nampak garang sikit la sebab kita mahu jaga reputasi outlet kan. Kena pastikan semua luar dalam okey termasuklah elakkan daripada banyak complain daripada para customer. Di sebalik semua tu, ada behind the scene dia. Ada juga manager di outlet saya yang buat hal. Buat hal tu maksud dia, dia punya kerja tidak pandai siap-siap sampailah setiap malam asyik saya saja kena tahan temankan dia balik. Sir Ragavan la tu selalu lambat siap kerja hahaha. Sebab tu kalau saya balik rumah mesti pukul 2-3 pagi. Nasib manager kasi hantar saya juga balik rumah. Biasa paling lambatla 1-2 pagi saja hmm. Manager lagi dua orang okey saja: Miss Nadhirah dan Miss Akma.

Antara 3 orang manager ni, saya sangat senang dengan Miss Akma. Sebab Miss Akma ni bagi saya dia seorang manager yang baik, layan pun bagus bagus. Kalau minta staff meal dengan dia, dia okey saja. Kalau ada lebihan makanan masa closing, dia bagi terus. But at the same time, dia juga seorang yang tegas. Tapi dia tidak marah marah juga hehe.



Tiap-tiap malam bila waktu Sir Ragavan bertugas, mesti saya kena tahan. 
Nasib dia sanggup hantarkan saya balik pergi rumah even pukul 2 pagi. xD.


Nah sekarang saya kasi cerita la pengalaman/fact-fact yang saya rasa perlu kongsi kepada semua semasa enam bulan saya kerja di outlet saya:

1.      Masa kerja, saya mahu closing saja. Tidak mahu kerja morning huhu. Sebab saya lebih aktif di waktu malam. Kalau shift morning, kadang kadang mengantuk. Tapi masa closing kena main dengan minyak dan tepung ehek.

2.      Kawasan Cook adalah “hak milik” saya. Siapa kacau saya punya area saya lempang HAHAHA.

3.      Kawan-kawan ada boleh diharap dan ada yang tidak la. Kadang-kadang ada kawan buat hal, tidak mahu datang kerja la, buat alasan masuk lambat sikit la macam-macamla. Ponteng pun ada. Kawan satu department pula tu. Sebab tu manager tukar jadual.

4.      Saya pernah angkat stok dari luar pintu outlet sampai la masuk stor. Antara stok yang biasa sampai adalah tepung gandum, minyak masak, seasoning Hot Spicy & Original, Gravy, Mashed Potato, box cup, maijerin, beras dan banyak lagi. Stok bukannya sikit banyak gila. Yang angkat sudala seorang. Stor di tingkat atas. Bayangkan dengan kau satu orang saja, kena angkat begitu banyak orang secara ulang-alik. Sebab tu semakin hilang berat badan saya hehe. Kalau boleh dapat tengok saya sekarang, makin melidi suda badan saya. Ini belum kira barang-barang frozen dan ayam. Tapi ini ada juga member tolong handle.

5.      Selalu lambat balik dari tempat kerja sebab closing kan. Lain lagi ada seorang manager suka sangat tahan saya daripada balik sebab kena temankan dia. Antara tiga orang manager di outlet saya, seorang ni saya tengok macam penakut huhu. Takut sorang sorang la tuu.  Paling lambat sampai rumah  2 pagi. Selalu memang begitu la. Saya okey saja.

6.      Part paling menakutkan bila ada manager luar datang buat spot check. Setiap minggu akan datang pergi outlet kami. Outlet lain pun sama juga. Biasa datang adalah Area Coach (AC). If something happen, bukan staff yang kena, manager yang bertugas hari tu akan tempias. Saya dulu pernah kena tegur oleh AC atas sebab-sebab yang terlepas pandang. Malas la mahu cakap sebab apa.

7.      Saya di department Cook. Saya kena sentiasa berusaha refill ayam Hot Spicy dan Original dan juga Zinger supaya tidak jammed di bahagian Cashier. Bukan saja kena refill di airland tapi juga di FC. Sebab tu kerja Cook sangat berat. Tapi lama kelamaan akan biasa juga. Selain tu, Product Projection Chart di bahagian kitchen kena sentiasa update untuk bagi manager bertugas tengok setiap hari. Untuk Cook, sentiasa isi 6 tray ayam Hot Spicy dan 2 tray ayam Original. Zinger pula kena sediakan 20 pcs Zinger Fillet dan 10/15 Zinger Tenders. Tapi ini ikut pada waktu juga. Contohla jam 4 petang tiada customer datang takkan mahu masak ayam lagi? Haa macamana tu? Hehe. Marinade ayam pula saya kena sediakan antara 10 hingga 15 crate ayam Hot Spicy untuk sehari. Jangan risau, stok ayam baru akan ada setiap 2 hari sekali. Zinger pula antara 3 hingga 5 crate. Bagi staff shift closing kena bertanggungjawab sediakan semua ni ya sebab kalau tiada semua ni akan bagi effect pada hari esok. Faham juga kan?

8.      Dalam sebulan, akan ada dalam satu-satu hari diadakan Product Training yang dikendalikan oleh manager. Tapi Product Training ni akan dilakukan apabila ada promosi atau produk baru yang dikeluarkan oleh KFC Malaysia. Jadi bukan selalu ada la. Apa-apa akan diberitahu secara terus oleh manager kepada staff.

9.      Saya pernah kena panggil oleh manager untuk bercakap dengan customer dari luar negara. Disebabkan masa tu ramai staff busy buat order + kurang speaking termasuk manager saya (maybe) jadi saya la kena panggil. Bangga juga la saya huhu.

10.  Paling koyak masa promosi. Kamu tahu kan KFC akan ada keluarkan pelbagai promosi untuk para customer. Semasa time promosi, saya yang di Cook kena push banyak masak ayam dan Zinger. Macam tiada rehat langsung. Time saya masuk kerja banyak suda customer berbaris dari pintu masuk fuhh.

11.  Apa lagi? Saya rasa itu saja kot. Banyak lagi tapi biarlah saya simpan untuk diri saya sendiri.


With Miss Akma


With Sir Ragavan. Time tu Sir rushing layan customer. 
Sanggup dia kejar saya untuk try pakai saya punya jubah konvo HAHAHA.


Saya abadikan di tempat kerja saya semasa saya selepas hadiri sesi konvokesyen saya masa 5/12.






Setakat ni, itu sajala saya boleh ceritakan mengenai pengalaman dan serba sedikit mengenai pekerjaan di KFC. Kalau tanya saya la best atau tidak, saya cakap best kerja di KFC. Tapiiii haa ada tapinya. Kalau dapat orang yang bagus. Huhu. Just kidding. Best laa. Saya rasa mana-mana saja pun kita tidak boleh elak juga. Mesti akan jumpa juga pelbagai ragam orang. Bekerja di sini banyak mengajar saya mengenai erti kerjasama, bersabar dan amanah dalam menjalankan tugas, Ini juga banyak mendedahkan serba sedikit megenai persekitaran pekerjaan yang mungkin akan berlaku dalam pekerjaan saya pada masa akan datang.

Saya ingat lagi dalam seminggu sebelum saya resign, saya pernah kena offer oleh Restaurant Manager (RM) untuk sertai menjadi manager KFC sebab dia tahu saya ada Degree. Tapi masalahnya Degree saya tidak sesuai dengan kerja manager KFC ni. Jadi manager ni bukan setakat kena ada diploma dan degree tapi memiliki pengalaman yang luas. Saya baru 6 bulan tiba-tiba kena offer jadi manager pula. Department saya sendiri tidak dapat saya jaga betul betul apa lagi mahu handle store hmm. Tidak apala just thanks. Sorry Miss.

Apapun, selepas saya berhenti kerja di outlet saya kerja, saya tidak pernah berhenti untuk sambung kerja di outlet KFC di Sabah untuk menerokai pengalaman dengan lebih luas lagi. Saya mahu try di Sabah macamana. Sambil sambil tu saya mahu cari peluang untuk sambung Master. Maybe di UPSI?

Betul-betul saya rindu sangat kerja di KFC sekarang ni, bila la saya boleh sambung kerja lagi hmmm. Rindu masak ayam, rindu angkat barang semuala rindu hehe. Saya doakan outlet saya sentiasa sukses pada masa-masa akan datang Amin. Jadi macamana kamu pula?









TUTION ONLINE STPM

 [SIR JAY AJAR SAMPAI DAPAT "A"] Selamat sejahtera. Selamat kembali ke pengajian Tingkatan 6! Anda pelajar Tingkatan 6 mengalami k...

ENTRY POPULAR SAYA