Salam sejahtera semua.
Apa khabar? Last saya update blog seingat saya masa
28/11 tidak silap saya. Jadi kiranya suda terlalu lama saya tidak update blog
ni. 3/12-9/12 ni saya habis konvokesysen jadi memang sibuk juga la
masa tu. Jadi hari ini saya decide untuk update blog ni. Hari ni saya mau
ceritakan pengalaman kerja di KFC. Oh ya apapun saya mengucapkan Selamat Hari
Natal kepada kawan-kawan yang meraikannya termasuklah saya.
Berkenaan kerja di KFC ni, saya mula bekerja secara
part time mula 13/6. Area mana saya tidak beritahu tapi saya beritahu di Perak
dan berdekatan dengan UPSI. Nah teka la di mana. Masa tu saya masih dalam
semester lagi. Semester akhir. Jadi saya perlu struggle bahagikan masa antara
kerja dengan belajar. Masa tu tidak payah sangat sebab masa tu masih belajar
online lagi. Jadi kurang sikit stress la. Sambil sambal saya bercerita, saya
akan bagi guideline kepada siapa-siapa yang mahu cuba kerja part-time
atau full-time di KFC. Jadi boleh dapat tahu sikit.
CARA APPLY
1. Pergi mana-mana outlet KFC atau berdekatan dengan area kamu, lepastu tanya dengan staff atau manager sama ada ada kosong atau tidak. Kalau ada, kamu akan diminta isi borang dahulu. Jadi kamu boleh beri masa untuk diri kamu untuk isi borang ya. Tapi kalau rasa malu untuk datang outlet, tiada masalah untuk tanya by Whatsapp sebab dalam iklan ada disertakan nombor pengurus restoran untuk kamu hubungi. Macam saya, saya contact dulu untuk pertanyaan sebab bila direct terus kepada pengurus restoran dia boleh dapat bantu jawab semua persoalan kamu. Lepas selesai conversation tu semua, kalau dia minta datang pergi restoran untuk temuduga, datang saja. Kalau memang perlukan pekerja, manager akan buat walk-in interview time tu juga. Tapi kalau macam suda tunggu lama tapi tidak dipanggil interview rasaya memang tidak dapat la tu.
2.
“KFC
pun ada buat interview ka?” KFC memang kena buat interview. Tapi soalan soalan
interview tidak susah sangat. Antara soalan-soalan yang kena tanya saja “Position
apa dipohon” (Tapi mengikut pengalaman saya semasa budak-budak baru masuk,
manager tidak tanya soalan ni, jadi dia akan random saja letak position
mana), “Tempat tinggal mana?”, “Boleh kerja jam berapa”, “Boleh kerja lebih
masa?” dan apa-apa saja soalan yang manager rasa mahu tanya.
3.
Kalau
manager setuju untuk terima kamu bekerja, kamu akan diminta untuk suntikan Typhod.
Suntikan Typhod bertujuan untuk elakkan kamu daripada menyebarkan virus Typhod/Demam
Kepialu kepada customer semasa mengendalikan makanan. Untuk suntikan Typhod
selalu boleh dapat di klinik swasta. Masa saya ambil suntikan dulu, saya bayar
RM80. Nampak macam mahal kan? Tapi dia punya expired boleh tahan selama 3 tahun
bermula daripada tarikh ambil suntikan. Katakan saya la, Jun 2022. Jadi akan
expired pada Jun 2025. Next time, kalau mahu kerja di outlet lain, tidak perlu
lagi ambil suntikan baru sebab suntikan Typhod boleh tahan selama 3
tahun.
4.
Selain
tu, kamu juga diminta untuk buka akaun Maybank sebab saluran gaji kepada
pekerja KFC menggunakan akaun Maybank. Kalau mahu bagi akaun bank lain tiada
masalah cuma bagi pekerja KFC yang menggunakan akaun Maybank akan dapat gaji
dulu daripada pekerja KFC yang menggunakan akaun bank lain. Beza sehari sahaja
untuk bagi gaji daripada company. Tapi selama beberapa bulan saya kerja,
kami sama-sama dapat gaji pada hari yang sama. Saya guna akaun BSN. Sebab malas
mahu buka akaun Maybank hehe. Prosedur pembukaan akaun Maybank saya tidak tahu
sangat sebab masa saya isi borang dulu saya tidak mahu buka akaun Maybank.
5.
Selepas
selesai isi borang, ambil suntikan, pergi balik bagi sijil suntikan kepada
manager dan manager akan bagi kamu pakaian dan jadual shift kerja kamu. Depends
manager bagi masa kerja kamu hari apa dan pukul berapa datang kerja.
6.
Sehari
selepas tu, kamu boleh start mula bekerja. Next prosedur akan diterangkan
secara lanjut oleh manager bertugas. GOOD LUCK GUYS.
7.
Sepanjang
waktu hari bekerja, kamu akan diminta untuk menghadiri kursus pengendalian
makanan. Kursus ni wajib kena hadir sebab di sini la kamu kena banyak tahu
mengenai prosedur pengendalian makanan sepanjang waktu bekerja di KFC. Apa yang
perlu dielakkan, apa alatan perlu digunakan dan sebagainya. Semua ni kamu akan
tahu. Jangan riau kursus ni free saja tidak perlu bayar. Masa kursus ini akan
ditentukan oleh manager sendiri.
DEPARTMENT DI KFC
Di KFC tempat saya bekerja ni terbahagi kepada 4 department iaitu:
1. Cashier
2. CSC
3. Backup
4. Cook
CASHIER
Sehari sebelum saya masuk kerja, saya telah diberi
timetable oleh manager di mana saya dapat department Cashier pada awalnya.
Lepastu bila time saya masuk kerja, tiber dapat Cook. Tapi ada hikmah juga aa
kenapa saya kerja di department belakang hehe.
Tugas cashier ni:
·
Ambil
dan serve order customer
·
Tugas
cashier saya kira mencabar juga la. Sudala tu tanggungjawab sangat sangat la
besar. Yala kena menghadap customer kan huhu. Cashier kena amanah dan sabar.
·
Cashier
kena ada skill komunikasi yang baik. Anything bila berlaku dengan customer kena
pandai pandai handle ya. Tapi jangan risau, sebab manager akan ada sentiasa
dengan cashier.
·
Kerja
cashier bukan setakat menjaga kaunter saja, bila tiada customer, mereka kena
pastikan department mereka bersih, top up barang yang kurang macam spoon, sos,
tissue, dan barang-barang lain seperti minuman dan aiskrim, dan refill box.
·
Cashier
kena make sure aliran keluar masuk duit sentiasa dalam keadaan betul. Sebab
setiap kali closing manager akan update akauntabiliti keluar masuk duit setiap
hari. Kalau duit di kaunter shot, kena ganti dengan duit sendiri pada masa tu
juga. Shot tu maksud cashier terbagi duit lebih kepada customer.
CSC (CUSTOMER SERVICE)
Tugas CSC antara tugas paling senang tapi jangan
pandang sebelah mata gitewww. Sebab yang buat tugas ni kau satu orang tiada
yang tolong kau hmm. Tugas CSC meliputi keseluruhan outlet di mana harus bersih
sentiasa dari luar dan dalam.
·
Kutip
pinggan
·
Pungut
sampah-sampah
·
Lap
meja
·
Mop
dan sapu lantai
·
Sarungkan
plastik sampah dalam semua tong sampah
·
Refill
semua sos dalam pump sos
·
Sekiranya
semua kerja settle dan tiada apa-apa dibuat pada masa tu, CSC akan bantu backup
sediakan order customer.
Selain daripada tugas tu, mungkin ada apa-apa yang
perlu dilakukan oleh CSC tapi setakat yang saya tahu tugas lain selain tugas
CSC dilakukan oleh department masing-masing terutamanya bab mengangkat stok
baru daripada RA. (RA saya tidak ingat apa nama penuh dia tapi tugas RA ni
hantar stok-stok baru kepada outlet)
BACKUP
Bahagian backup ada di dua tempat, iaitu backup
hadapan dan backup belakang. (Setahu saya sepanjang 6 bulan saya kerja). Backup
ini adalah mereka yang akan bantu cashier sediakan order mengikut permintaan
customer. Tugas backup adalah:
·
Sediakan
Colonel Rice
·
Sediakan
Burger
·
Sediakan
Cheezy Wedges
·
Sediakan
Fries
·
Sediakan
Twister
·
Sediakan
Coslaw
·
Sediakan
Nugget
·
Sediakan
Mashed Potato dan lain-lain selain menu ayam sebab menu ayam dihandlekan oleh Cook
·
Prepare
dan packing Coslaw, Mashed Potato
·
Bancuh
Cheese
·
Masak
nasi, Fries lain-lain yang saya jelaskan di atas
·
Backup
akan ingatkan cashier mengenai jumlah-jumlah stok makanan yang diorang masak.
Jadi kalau ada apa-apa berlaku kekurangan dan lebih, cashier senang untuk
inform pada customer mengenai order yang dipesan oleh customer pada satu-satu
masa.
·
Lagi
satu, disebabkan tiada rider KFC di outlet tempat saya bekerja, mereka akan
packing order untuk dipasskan kepada rider FoodPanda dan GrabFood.
Jadi mereka akan ada dua kerja pada sepanjang hari bekerja iaitu untuk customer
yang datang ke outlet itu dan customer yang buat order secara online. Memang
banyak kerja la department ni.
·
Setiap
kali closing, mereka juga akan buat pembersihan cooking tool diorang.
Memang banyakla kena basuh tau. Mana lagi kena packing box, refill box dan
refill barang-barang frozen untuk simpan dalam peti ais untuk persediaan pada
hari esok.
coCOOK
Ini department saya daripada awal saya masuk sampailah
last saya kerja huhu. Tugas Cook simple saja dari pagi sampai balik. Antara
tugas Cook ialah:
·
Uruskan
stok ayam: Setiap dua hari akan ada stok ayam baru sampai. Maksudnya di sini
contohlah hari Isnin stok ayam sampai. Jadi hari Rabu akan ada lagi stok ayam.
Bukan saja uruskan stok ayam baru tapi kena hantar ayam-ayam kecil yang sudah
diasingkan perlu dihantarkan kepada pembekal ayam.
·
Selepas
stok ayam sampai, staff Cook akan terus basuh ayam untuk marinade
(perap). Jadi sambil basuh sambil juga kena check mana-mana ayam ada yang
kecil. Kalau ada perlu kena asingkan/discard sebab kita tidak mahu ayam
kecil dijual kepada customer. Sebab tu kenapa customer sering complain dapat
anak ayam puyuh hoho.
·
Selepas
basuh ayam, marinade ayam menggunakan marinade machine yang telah KFC sediakan.
Ini untuk menghasilkan ayam Hot & Spicy.
·
Tepungkan
(Breading) ayam
·
Bersihkan
colla (kolah) ayam goreng: Colla maksudnya tempat untuk masak
ayam goreng di mana ia telah disetkan masak secara automatik selama 15 minit
setiap satu pot ayam yang ingin dimasak. Bukan sahaja colla tapi cooking
tool yang berada di bahagian cook seperti breading table, racking table
dan lain-lain alatan.
·
Discard ayam yang rosak. Antara ayam yang rosak yang tidak boleh dijual seperti kulit ayam terkoyak, ayam tidak masak, ayam hangus, dan lain-lain.
·
Jadi
bahagian Cook adalah berkaitan dengan penyediaan ayam KFC sahaja. Nampak macam
simple tapi kena lakukan kerja dalam keadaan berat. Tapi dijamin senang punya
kerja hehe.
Jadi itu saja tugas-tugas oleh 4 department KFC untuk
sepanjang hari bekerja. Untuk masa shift kerja ada tiga shift di tempat saya
iaitu:
Shift Morning: 8 pagi-4 petang
Shift Middle: 11 pagi-7 malam/9 malam
Shift Night/Closing: 2/3 petang-11 malam
Mungkin ada kerja-kerja/tugas-tugas lain selain
daripada department masing-masing di outlet lain. Jadi boleh tanya kepada
manager la sebab saya suda terangkan secara lebih jelas dan umum untuk kamu
tahu awal sebelum decide kerja di KFC.
Sekarang saya jelaskan apa-apa kelebihan dan mungkin
kekurangan la bekerja di KFC ni. Sepanjang enam bulan bekerja, saya rasa lebih
banyak yang best daripada tidak best. Jadi saya detailkanla kepada kamurang ya.
Ini daripada apa yang saya rasa.
KELEBIHAN BEKERJA DI KFC
1.
KERJA
IKUT SHIFT. 6 bulan saya kerja saya kerja hanya di shift middle sampaila
closing. Saya tidak dapat shift morning tapi shift ni hanya sekali saja saya
dapat sebab masa tu saya OT. Patut saya OT 3 hari tapi dua hari tu saya tidak
dapat OT sebab ada hal masa tu. Bila kerja ikut shift ni tidaklah penat sangat.
2.
MAKAN
FREE. I’m not bored makan free setiap hari hehe. Makan free boleh jimatkan kos
makan dan kurangkan sikit perbelanjaan harian. KFC ada sediakan staff meal dan
staff boleh pilih antara menu meal yang disediakan. Bila makan free tidakla
berlapar dan tidak perlu susah-susah fikir untuk makan apa. KFC free bah makan
saja. But make sure ask permission from manager ya sebab staff meal ni akan dimasukkan
dalam akauntabiliti manager tau.
3.
BOLEH
TAMBAH KAWAN. Tapi itu pun kalau dapat staff yang okey la. Masa saya kerja,
yang betul-betul boleh buat kawan just 3-4 orang. Termasuklah kawan rapat saya
satu department Cook. Kenapa sikit saja 3-4 orang? Adalah sebab dia tiada sebab
lain sebab faktor kerja. Dengan manager pun kalau pandai berkawan, manager pun
boleh buat kawan nauu.
4.
DAPAT
BAWA MAKANAN LEBIH. Part yang paling best setiap kali closing. Sebab tu mungkin
saya asyik kena letak di waktu closing huhu. Kalau ada lebihan makanan
lagi-lagi Chezzy Wedges, Fries, Nugget, Burger, Mashed Potato huuu paling saya
suka. Minuman kita rampok saja hahaha. (But one fact, kau pandai “mengambil”
air di machine kena tolong refill air sekali aa HAHAHAHA. Ahh tiada masalah,
pandai curi-curi ambil air tahula mahu refill gitewww)
5. DAPAT SEMBAHYANG DI HARI MINGGU. Sebab saya bukan Islam, saya agama Kristian saya boleh dapat ambil waktu pagi pergi gereja. Lepastu saya masukla waktu middle sampaila closing. Tapi kalau yang agama Islam kena pandai-pandai cari waktu bila pergi solat sebab saya sendiri suda tahu bila waktu-waktu solat diorang.
KEKURANGAN KERJA DI KFC
1.
GAJI
MURAH DAN LAMBAT MASUK. Part ini saya
tidak komen banyak la sebab setiap orang yang pernah kerja di KFC ni ada
pengalaman tersendiri mengenai gaji yang diorang dapat. Mungkin diorang rasa
tidak berbaloi dengan kerja dibuat. Tapi bagi saya, di outlet saya, sejam
dibayar RM7.21. Mahal tu. Jadi dalam sebulan dapatlah overall RM1300-RM1800.
Setiap bulan meningkatlah gaji saya sebab jam bekerja saya setiap seminggu akan
naik naik sikit. Ini tidak termasuk OT. Kalau OT banyak makin besarlah gaji.
Tapi kalau tiada OT jadi gaji akan dibayar ikut jam kerja dalam timetable la.
Pasal pembayaran gaji saya rasa memang lambatlah sebab di outlet saya gaji
dibayar pada setiap awal bulan kecuali Sabtu dan Ahad. Tapi saya rasa di semua
outlet pun sama juga kan. Mungkin rasa tidakla banyak sangat tapi saya okey
saja dan saya bersyukur sebab at least dapatlah pegang duit.
2.
PENAT.
Mana-mana kerja pun semua akan rasa penat. Department Cook saya tidak tipu saya
cakap memang penat sangat. Mental dan fizikal penat. Saya kasi cerita antara
fact-fact yang saya luahkan sikit huhu lepas ni. Tapi bagi saya okeyla sebab
makan pun sudah free, customer bukan selalu ada kecuali di hari Jumaat, Sabtu,
Ahad dan hari promosi yang diumumkan oleh KFC Malaysia. Kadang-kadang kosong
outlet di hari-hari biasa.
3.
JADUAL
TIDAK MENENTU. Bila suda ditetapkan jadual shift kerja pada setiap minggu,
tidak payalah percaya sangat dengan jadual tu 100%. Sebab apa? Sebab
kadang-kadang manager akan tukar jadual dan minta kita masuk awal dan
sebagainya. Sangat menyusahkan la terus terang. Macam saya banyak kali suda
kena macamni. Contoh: saya sepatutnya masuk 2 petang tapi kena suruh masuk 11
pagi. Ada satu masa juga saya sepatutnya masuk
2 petang tapi tiba tiba 4 petang. Nampak macam best kan masuk lambat
sikit tapi masa tu saya ada kelas kena attend yang sepatutnya masuk waktu
break. Meoww fake kan hahaha. Banyak kali la tukar last minute gila punya orang
hahahaha.
4.
ISU
MANAGER. Isu manager? Saya rasa
masing-masing ada isu sendiri di outlet masing-masing. Saya pernah dengar
daripada orang yang kerja sebelum ni yang ada manager tidak okey la, garang
gila la macam-macam la yang tidak bagus. Tapi kalau di outlet saya, manager
saya semua okey okey. Saya akui memang kena nampak garang sikit la sebab kita
mahu jaga reputasi outlet kan. Kena pastikan semua luar dalam okey termasuklah
elakkan daripada banyak complain daripada para customer. Di sebalik semua tu,
ada behind the scene dia. Ada juga manager di outlet saya yang buat hal. Buat
hal tu maksud dia, dia punya kerja tidak pandai siap-siap sampailah setiap
malam asyik saya saja kena tahan temankan dia balik. Sir Ragavan la tu selalu lambat siap kerja hahaha. Sebab tu kalau saya balik
rumah mesti pukul 2-3 pagi. Nasib manager kasi hantar saya juga balik rumah.
Biasa paling lambatla 1-2 pagi saja hmm. Manager lagi dua orang okey saja: Miss Nadhirah dan Miss Akma.
Antara 3 orang manager ni, saya sangat senang dengan Miss Akma. Sebab Miss Akma ni bagi saya dia seorang manager yang baik, layan pun bagus bagus. Kalau minta staff meal dengan dia, dia okey saja. Kalau ada lebihan makanan masa closing, dia bagi terus. But at the same time, dia juga seorang yang tegas. Tapi dia tidak marah marah juga hehe.
Nah sekarang saya kasi cerita la pengalaman/fact-fact
yang saya rasa perlu kongsi kepada semua semasa enam bulan saya kerja di outlet
saya:
1.
Masa
kerja, saya mahu closing saja. Tidak mahu kerja morning huhu. Sebab saya lebih
aktif di waktu malam. Kalau shift morning, kadang kadang mengantuk. Tapi masa
closing kena main dengan minyak dan tepung ehek.
2.
Kawasan
Cook adalah “hak milik” saya. Siapa kacau saya punya area saya lempang HAHAHA.
3.
Kawan-kawan
ada boleh diharap dan ada yang tidak la. Kadang-kadang ada kawan buat hal,
tidak mahu datang kerja la, buat alasan masuk lambat sikit la macam-macamla.
Ponteng pun ada. Kawan satu department pula tu. Sebab tu manager tukar jadual.
4.
Saya
pernah angkat stok dari luar pintu outlet sampai la masuk stor. Antara stok
yang biasa sampai adalah tepung gandum, minyak masak, seasoning Hot Spicy &
Original, Gravy, Mashed Potato, box cup, maijerin, beras dan banyak lagi. Stok
bukannya sikit banyak gila. Yang angkat sudala seorang. Stor di tingkat atas.
Bayangkan dengan kau satu orang saja, kena angkat begitu banyak orang secara
ulang-alik. Sebab tu semakin hilang berat badan saya hehe. Kalau boleh dapat
tengok saya sekarang, makin melidi suda badan saya. Ini belum kira
barang-barang frozen dan ayam. Tapi ini ada juga member tolong handle.
5.
Selalu
lambat balik dari tempat kerja sebab closing kan. Lain lagi ada seorang manager
suka sangat tahan saya daripada balik sebab kena temankan dia. Antara tiga
orang manager di outlet saya, seorang ni saya tengok macam penakut huhu. Takut
sorang sorang la tuu. Paling lambat
sampai rumah 2 pagi. Selalu memang
begitu la. Saya okey saja.
6.
Part
paling menakutkan bila ada manager luar datang buat spot check. Setiap minggu
akan datang pergi outlet kami. Outlet lain pun sama juga. Biasa datang adalah
Area Coach (AC). If something happen, bukan staff yang kena, manager yang
bertugas hari tu akan tempias. Saya dulu pernah kena tegur oleh AC atas
sebab-sebab yang terlepas pandang. Malas la mahu cakap sebab apa.
7.
Saya
di department Cook. Saya kena sentiasa berusaha refill ayam Hot Spicy dan
Original dan juga Zinger supaya tidak jammed di bahagian Cashier. Bukan saja
kena refill di airland tapi juga di FC. Sebab tu kerja Cook sangat berat. Tapi
lama kelamaan akan biasa juga. Selain tu, Product Projection Chart di bahagian
kitchen kena sentiasa update untuk bagi manager bertugas tengok setiap hari.
Untuk Cook, sentiasa isi 6 tray ayam Hot Spicy dan 2 tray ayam Original. Zinger
pula kena sediakan 20 pcs Zinger Fillet dan 10/15 Zinger Tenders. Tapi ini ikut
pada waktu juga. Contohla jam 4 petang tiada customer datang takkan mahu masak
ayam lagi? Haa macamana tu? Hehe. Marinade ayam pula saya kena sediakan antara
10 hingga 15 crate ayam Hot Spicy untuk sehari. Jangan risau, stok ayam baru
akan ada setiap 2 hari sekali. Zinger pula antara 3 hingga 5 crate. Bagi staff
shift closing kena bertanggungjawab sediakan semua ni ya sebab kalau tiada
semua ni akan bagi effect pada hari esok. Faham juga kan?
8.
Dalam
sebulan, akan ada dalam satu-satu hari diadakan Product Training yang
dikendalikan oleh manager. Tapi Product Training ni akan dilakukan apabila ada
promosi atau produk baru yang dikeluarkan oleh KFC Malaysia. Jadi bukan selalu
ada la. Apa-apa akan diberitahu secara terus oleh manager kepada staff.
9.
Saya
pernah kena panggil oleh manager untuk bercakap dengan customer dari luar
negara. Disebabkan masa tu ramai staff busy buat order + kurang speaking
termasuk manager saya (maybe) jadi saya la kena panggil. Bangga juga la saya
huhu.
10. Paling koyak masa promosi. Kamu tahu kan KFC akan ada keluarkan
pelbagai promosi untuk para customer. Semasa time promosi, saya yang di Cook
kena push banyak masak ayam dan Zinger. Macam tiada rehat langsung. Time saya
masuk kerja banyak suda customer berbaris dari pintu masuk fuhh.
11. Apa lagi? Saya rasa itu saja kot. Banyak lagi tapi
biarlah saya simpan untuk diri saya sendiri.
Setakat ni, itu sajala saya boleh ceritakan mengenai
pengalaman dan serba sedikit mengenai pekerjaan di KFC. Kalau tanya saya la
best atau tidak, saya cakap best kerja di KFC. Tapiiii haa ada tapinya. Kalau
dapat orang yang bagus. Huhu. Just kidding. Best laa. Saya rasa mana-mana saja
pun kita tidak boleh elak juga. Mesti akan jumpa juga pelbagai ragam orang.
Bekerja di sini banyak mengajar saya mengenai erti kerjasama, bersabar dan
amanah dalam menjalankan tugas, Ini juga banyak mendedahkan serba sedikit
megenai persekitaran pekerjaan yang mungkin akan berlaku dalam pekerjaan saya
pada masa akan datang.
Saya ingat lagi dalam seminggu sebelum saya resign,
saya pernah kena offer oleh Restaurant Manager (RM) untuk sertai menjadi
manager KFC sebab dia tahu saya ada Degree. Tapi masalahnya Degree saya tidak
sesuai dengan kerja manager KFC ni. Jadi manager ni bukan setakat kena ada
diploma dan degree tapi memiliki pengalaman yang luas. Saya baru 6 bulan
tiba-tiba kena offer jadi manager pula. Department saya sendiri tidak dapat
saya jaga betul betul apa lagi mahu handle store hmm. Tidak apala just thanks.
Sorry Miss.
Apapun, selepas saya berhenti kerja di outlet saya
kerja, saya tidak pernah berhenti untuk sambung kerja di outlet KFC di Sabah
untuk menerokai pengalaman dengan lebih luas lagi. Saya mahu try di Sabah
macamana. Sambil sambil tu saya mahu cari peluang untuk sambung Master. Maybe
di UPSI?
Betul-betul saya rindu sangat kerja di KFC sekarang
ni, bila la saya boleh sambung kerja lagi hmmm. Rindu masak ayam, rindu angkat
barang semuala rindu hehe. Saya doakan outlet saya sentiasa sukses pada
masa-masa akan datang Amin. Jadi macamana kamu pula?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan