Jumaat, 27 Mac 2020

PENGALAMAN DAPAT ANUGERAH DEKAN

Alaaaa, tengok kira sudah setengah tahun ya tidak aktif di blog ni hmmmm, ingatkan sudah lenyap. Lupa pula sy guna akaun lain untuk log in blog ni hmmmm

Saya tengok kebelakangan ni banyak blog yang menceritakan pengalaman diorang dapat anugerah dekan, khususnya budak-budak UPSI. Ada juga saya usha budak-budak dari uni lain, terutamanya budak-budak UiTM.

Antara trivia yang saya boleh lihat setiap kali dapat result exam kan, ada saja mahu confess. Terutamanya bab gorup coursemate la apa la, hmm ndapa, setakat ni 4 sem suda sy study di sini, okey jugala, semua kawan-kawan satu group untuk setiap subjek dapat juga ikut kepala.

Untuk saya, kali kedua saya dapat anugerah dekan selepas menebus kegagalan saya semasa di semester 1. Bila ingat apa yang saya dapat masa sem1, tu hmm boleh tahan jugala rasa frust dia. Tapi, saya tidak mahu jadikan kegagalan saya sebagai penamat di sini,so saya kena move on and perbaiki lagi. Akhirnya, segala usaha saya selama ni membuahkan hasil juga even tidak sampai target saya sebenarnya, tadi tidak apa, still proud juga sebab semuanya datang daripada usaha yang halal juga kan? hehe

Dipendekkan cerita, semasa sy di sem2 (2019), saya dapat GPA 3.68. Satu pencapaian yang amat tinggi buat saya. Jadi, CGPA saya naik sikit jugala, 3.53. Dari situ, saya tidak cepat berpuas hati, sebab saya tahu kalau saya lalai, saya akan jatuh semula. So, saya akan teruskan lagi usaha untuk mencapai target saya dengan gaya pembelajaran atau teknik belajar yang saya guna sebelum ini.


Masa di sem3, saya diuji, tapi nasib baik CGPA saya tidak jatuh teruk. Serious bila saya ingat hari semakan result, again saya akan rasa berdebar takut saya drop lagi. Saya ada baca juga satu artikel ni, nda ingat artikel apa, kalau GPA drop it's okey, tapi jangan CGPA pula yang drop. Takutt juga. Bila sistem tu saya dapat buka, saya doa dulu dengan harapan saya tidak dikecewakan. Bila buka, ehhhh..tiberrr hahahaha. GPA 3.51. Haaa nasib. Tu saya nda kisah. CGPA yang saya takut ni.

Tiberr jugaaaa.....kenapa?

Tiada perubahan langsung. Naik tidak, turun pun tidak. Jadi, kira mendatar dan maintain jugala. Still CGPA 3.53. Sepanjang perjuangan yang saya buat selama 4 sem di UPSI, CGPA saya sekarang is 3.53.

Target saya memang terbesar. Mahu graduate dengan first class (CGPA 3.75 ke atas). Kalau boleh, mahu juga merasa 4 rata hmmm.

Tapi, saya rasa mustahil. Kenapa? Saya ni bukannya budak yang jenis 24 jam study macam housemate saya lain. Saya ni jenis budak study juga, tapi tidaklah sampai kena berjaga malam. Tapi, saya jenis yang akan percaya setakat mana sahaja kemampuan saya untuk belajar. Saya tahu saya masih kuat lagi. Sebab tu, saya tidak akan pernah give up.

Saya ada minta juga pandangan dan sokongan daripada kawan-kawan saya. Diorang cakap "Okey juga pointer ko, Jerald." "Usaha lagi, kau boleh tu,". Proud sebab masih ada kawan yang akan bagi kata-kata positif sama saya.

Saya akan cuba sahaja even saya tahu benda tu mustahil saya akan dapat. Satu key untuk perolehnya is percaya pada Tuhan. Saya akan tanam positif, mungkin ni belum sampai masanya. Bila tu tidak sure, tapi apa yang saya akan buat, saya akan terus usaha and usaha lagi.

Saya share sini bukan mahu riaklah. But mahu bagi sokongan untuk kamu semua. Setiap benda mesti ada silapnya yang kita tidak tahu, sama ada sedar atau tidak. So, perbaiki kelemahan. Jangan peduli apa orang cakap. Kepercayaan pada diri sendiri adalah key yang pertama. Kamu yang lebih kenal diri sendiri sebelum orang lain kenal kamu.

Apa-apapun, I wish you all good luck and never give up sepanjang study! Amenn

7 ulasan:

TUTION ONLINE STPM

 [SIR JAY AJAR SAMPAI DAPAT "A"] Selamat sejahtera. Selamat kembali ke pengajian Tingkatan 6! Anda pelajar Tingkatan 6 mengalami k...

ENTRY POPULAR SAYA