Salam sejahtera,
Terlalu lama saya tidak post dalam blog saya.😪. Saya kira telah dua tahun tak buka kan (Lagipun saya tiada idea hendak post apa). And tahun ni baru ada masa untuk buka blog saya yang dah berhabuk dahh😆Pertama sekali, saya minta maaf sangat sangat tidak dapat reply komen satu persatu. Komen komen korang dah tahun lepas tahun ni baru reply (Hmm lambat). Tapi saya harap korang dah mendapat jawapan kepada persoalan korang ya🙏. Kalau ada lagi komen-komen, saya akan cuba untuk singgah sini.😄.
Buat masa ini, saya tengah bekerja part-time di sebuah kedai fast food di area Tanjung Malim sementara menunggu waktu konvo yang khabarnya akan diadakan pada bulan Disember ini (Saya ada email dengan pegawai hari tu). Jadi ada 4 bulan lagi la saya habiskan kerja saya. Ohh sekarang ni saya dah end degree dahhh😭. Terlalu cepat masa 4 tahun berlalu. Bangun tidur ehh habis study dah rupanyaa hmmm.
5 hari lepas bersamaan dengan 23/8/2022 kira-kira pukul 5.09 petang adalah hari kesyukuran saya kerana saya telah layak dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kesuasteraan Melayu setelah result exam diumumkan pada masa tu. Saya berjaya kekalkan keputusan dekan untuk kali ketujuh setelah gagal pada semester pertama dahulu. My final result? Only Ijazah Sarjana Muda kelas kedua atas sahaja dengan catatan PNGK 3.69. And my pointer dah alang-alang which is satu langkah sahaja lagi tapi tidak mengapa la. Saya dapat result sebegini bagi saya sangat-sangat besar sebab ramai lagi yang tidak bernasib baik. And saya pula merungut hmm. Syukur sangat-sangat bukan sahaja dapat result yang bagus tapi dapat menamatkan pengajian dengan jayanya. Syukur sekali lagi🙏. Mungkin ini saja yang boleh saya dapat atas usaha keras saya selama 4 tahun belajar di UPSI selama ini. Saya sedar pointer bukan menjadi satu ukuran yang besar, malah yang penting sekali adalah ilmu dan pekerjaan kelak. Terima kasih kerana menyedarkan saya.🙏
Sekarang ini, selain tengah kerja part-time, saya nak cepat cepat dapatkan transkrip akademik, plan buat pembayaran balik PTPTN (Dengan bantuan pihak biasiswa) dan kemas barang untuk bawa balik ke Sabah. Pada masa yang sama juga, saya tengah dalam proses mengisi permohonan SPP dan saya memilih satu jawatan sementara fikirkan apa lagi dua jawatan untuk saya mohon selain daripada PPP DG41. Doakan saya dipermudahkan urusan ya.
Saya kongsikan keputusan 8 semester beserta keputusan Program Perantis Guru (PPG) 1 dan 2 serta Latihan Mengajar Fasa 1 (Keputusan Latihan Mengajar Fasa 2 disertakan dalam keputusan Semester 8) kepada yang mengambil program ISMP yang saya peroleh kepada semua supaya menjadi motivasi kepada adik-adik junior supaya lebih gigih berusaha dalam akademik.
Keputusan akhir Semester 5
Tiada ulasan:
Catat Ulasan